atulahmadjafri
Thanks for sharing some love for my cute blog

please follow my cute blog if you like my cute blog


bagi yang sudah memfollow saya dan ingin difollow kembali sila lah tinggalkan link anda di shout box saya :)

Sunday 1 January 2012

Aku pernah gagal ,



Hari ini , 
Aku tahu hari ini tak akan dapat menggantikan hari semalam ,
aku juga tahu bahawa hari ini harus diteruskan untuk hari esok ,
tapi kenapa aku yang masih disini untuk memikirkan hari yang semalam ,
terfikir juga aku untuk mematikan hari semalam tapi hati kata jangan ,
kerana hari semalam banyak memberikan aku pengajaran dalam hidup .

Hari ini ,
hari ini aku berfikir untuk menjadi seperti air ,
air tidak pernah berpatah balik ,
air sentiasa berlalu menentang arus dan batu serta cabaran yang datang .

Hari ini ,
aku bersyukur menjadi diri aku ,
sungguh aku pernah gagal dan terleka ,
tapi aku sentiasa berlajar dari kesilapan , 
aku tak mahu sentiasa hidup dalam kesilapan yang lepas ,
tapi aku tidak mampu untuk mengelak dari melakukan kesilapan ,
dan dari kesilapan itulah aku mendapat semangat untuk melakukan kebenaran .

Semoga imanku kuat ,
Semoga hatiku tabah ,
Semoga jiwaku tenang,
Semoga allah merahmati hidupku serta keluargaku .

Ameen ya rab .

0 comments: