atulahmadjafri
Thanks for sharing some love for my cute blog

please follow my cute blog if you like my cute blog


bagi yang sudah memfollow saya dan ingin difollow kembali sila lah tinggalkan link anda di shout box saya :)
Showing posts with label coretcoretsaya. Show all posts
Showing posts with label coretcoretsaya. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Perkhawinan berasaskan ISLAM .




~ Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

~Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

~ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

~ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

~ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya

~Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

~ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

~Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Friday, 10 February 2012

Jodoh .



Hmm kalau difikirkan jodoh tu memang lah allah dah tetapkan untuk kita ..
tapi hanya kita yang tak tahu siapa jodoh kita .. aku pun masih tertanya-tanya dia ke jodoh aku ?
kalau lah dia jodoh aku .. aku panjatkan tanda syukur kepada allah ..

Tapi kalau korang ada bf/gf .. korang hargailah mereka ..
tapi biarlah yang ikhlas mencintai ..
bukan yang hanya mahukan korang tapi kerana nafsu ataupun harta yang ada ..
dan ingat jangan terlalu memberi harapan andai hati tidak mahu ..
dan jangan sekali menyakiti andai tidak cinta ..
lepaskan mereka asalkan ikhlas ..
biarkan dia sakit sekarang jangan sakit disaat hubungan hampir ke penghujung ..
maksud aku jangan sampai dah nak mendirikan masjid baru berterus terang ..

untuk merasai kehilangan itu bukanlah mudah ...
tapi kehilangan itu adalah satu kesakitan yang kita sendiri tidak tahu di mana sakitnya ..
nak diubati mungkin beribu tahun belum terubat ..
paling tidak pun sakit mungkin terubat tapi hati masih memikirkan ..
sampai hati nak buat orang lain rasa macam tu ?
mestilah tidak kan ..
aku pun tak sanggup nak buat orang rasa macam tu ..
aku takut untuk buat orang berdendam dengan aku ..
kalau hidup sentiasa dipenuhi dengan dendam apa nak jadi kan ?
so kita masing-masing dah besar ..
kenelah pandai untuk membuat keputusan ...
kalau takut untuk kehilangan .. jangan berani untuk memiliki ..

"hati berpunya tapi tidak bernyawa"




Monday, 6 February 2012

Bukit ampang the BEST !!






haaa .. comel kan gambar-gambar kat atas . hehehe .. admin lagi comel kot :P ..
gurau aje ... lawa kan background belakang tu .. 
gambar tu di ambil masa admin pergi BUKIT AMPANG ..
lawa sangat pemandangan dia ..
kalau sape-sape rasa ada masalah tu boleh pergi sana release tension .. tapi ...
jangan buat hal dengan terjun dari bukit tu dah lah . hehehe ..
ape-ape pun tak rugi kalau pergi sana sebab pemandangan indah sangat ..

Sunday, 13 November 2011

PENGORBANAN demi masa depan .


Assalamualaikum ...

Masa untuk aku menjawab segala yang dipersoalkan oleh orang-orang diseliling aku . disebab kan aku muda dan mempunyai peluang lebih cerah biarlah hari ini aku memberikan jawapan yang sangat membuat aku tahu erti pengorbanan ..

(You would think that those who are always talking about family values would want to create an environment of permanent relationships for people of the same sex. But they're not advocating family values. They're advocating their values.)

siapa yang tak mahu berjaya dalam hidup . hampir setiap manusia di muka bumi ini ingin berjaya termasuklah saya . tapi saya bukan tak ada peluang untuk maju lebih kehadapan tapi saya perlu korbankan cita-cita saya demi sebuah keluarga yang sangat saya cintai . saya bukan lah tidak pandai tapi tanggungjawab saya sebagai seorang anak, cucu dan kakak membuatkan saya perlu meninggalkan hasrat untuk belajar . jujur saya sangat cemburu bila abang , kawan-kawan dan sepupu saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara tapi saya masih di sini demi keluarga .

kalau di fikirkan pengorbanan itu sangatlah biasa tapi bagi saya ianya rumit . tapi terpulang pada setiap orang untuk menilai erti pengorbanan . biarlah saya menorbankan masa remaja saya demi keluarga . 

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.
Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya – didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.
Dan sekarang ialah masa untuk aku merawat mereka . sukar untuk aku gambarkan penderitaan yang dihadapi oleh atuk .. kanser yang menghidap di tubuhnya membuatkan aku rasa ingin saja mengambil tempatnya dan biarkan dia sihat seperti aku . HOSPITAL seperti rumah keDUA nya .. dan itulah tugas aku untuk menjaga serta MERAWAT dia . Bukan hanya sekadar kanser USUS dan HATI yang dihadapi tapi penyakit JANTUNG juga harus di tempuhi . ya allah sungguh besar dugaanmu buat atuk .. semoga kau merahmatinya didunia ini . biarlah aku sebagai cucu yang terdekat membalas jasanya selagi dia masih hidup . mungkin kali ini saja untuk aku membuat dia berasa senang dengan aku dan hari akan datang biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya untuk aku .. aku juga sudah tidak ada ayah lagi kerana ALLAH lebih menyayanginya .. tapi aku berSYUKUR kerana aku masih mempunyai seorang ibu , ibu yang sentiasa memahami dan menolong aku di saat aku susah dan senang . tapi kalau ibu kita marah itu tak menjadi masalah buat aku kerana bagi aku ibu marah pasti ada sebab nya . (Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.) . Dan ibu saya seorang yang sangat tabah , terlalu banyak dugaan yang dilalui demi membesarkan aku dan adik beradik yang lain . kalau dilihat pada waktu sekarang ianya nampak seperti biasa tapi tak dapat aku bayangkan di saat aku kecil ibu ku terpaksa merempuh pelbagai rintangan dan tomahan dari orang sekeliling demi menyangkal sesuatu yang salah di mata mereka . Dan menjalan tanggungjawab sebagai ibu serta ayah adalah sesuatu yang rumit kerana ibu harus memerah sehabis tenaga demi memberi aku dan juga adik beradik yang lain makan . Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. Sekarang ialah masa untuk aku membalas jasa ibu dengan sama-sama menjaga adik-adik supaya ibu dapat bekerja demi memberi adik-adik aku pelajaran dan keperluan yang sebaik nya . Tapi dalam masa yang sama aku juga bekerja demi meringankan beban ibu . Bukanlah niat aku untuk riak dengan pengorbanan yang aku lakukan tapi otak aku beku bila ramai yang menujukan soalan yang sama hampir setiap hari . Aku tidak malu kalau aku tidak berjaya sekarang tapi aku akan berusaha untuk membuat adik aku berjaya di masa akan datang . Semoga ALLAH memberkati segala yang aku lakukan pada hari ini . 

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)


Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.
Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.
Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.